3 warga asing lalok ditahan

Pasukan Polis Marin (PPM) merampas dahah jenis syabu serta peralatan di kawasan perairan Sim-Sim, di Semporna. – Foto Ihsan PPM Semporna

SEMPORNA: Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna menahan tiga lelaki warga asing kerana disyaki terbabit aktiviti penyalahgunaan dadah di kawasan perairan Sim-Sim dekat sini, awal pagi semalam.

Pegawai Pemerintah PPM Semporna, Deputi Superintendan Jaffri Bidin, berkata tiga suspek terbabit yang menaiki sebuah bot ditahan oleh sepasukan tujuh anggota Unit Risikan Marin (URM) selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan pada jam 4 pagi.

Katanya, susulan pemeriksaan, juragan bersama dua lelaki, semuanya berumur 30 hingga 45 tahun mengaku dari suku kaum Bajau Laut dan tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

“Pemeriksaan lanjut menemui beberapa peralatan dipercayai digunakan untuk aktiviti penyalahgunaan dadah, antaranya dua paket plastik lutsinar mengandungi dadah jenis syabu, dua gulung kecil kerajang aluminium, satu batang jarum suntikan, pemetik api dan peralatan lain,” katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Pasukan Polis Marin (PPM) merampas dahah jenis syabu serta peralatan di kawasan perairan Sim-Sim, di Semporna. – Foto Ihsan PPM Semporna
Bot dinaiki tiga suspek yang dirampas oleh Pasukan Polis Marin di kawasan perairan Sim-Sim, di Semporna. – Foto Ihsan PPM Semporna

Jaffri berkata, pihaknya turut merampas bot digunakan suspek bersama enjin sangkut jenis Yamaha Enduro 40 kuasa kuda yang semuanya dianggarkan bernilai RM 13,641.

“Suspek dan barang rampasan dibawa ke Pangkalan PPM Semporna untuk tindakan selanjutnya dan kes disiasat mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Sumber : Berita Harian

Pasukan Polis Marin (PPM) merampas dahah jenis syabu serta peralatan di kawasan perairan Sim-Sim, di Semporna. – Foto Ihsan PPM Semporna
119