Tuduhan ‘projek IC’ di Sabah, pesara guru lapor polis

Laporan polis Peter. -Gambar BorneoToday.net

KENINGAU – Seorang pesara guru membuat laporan polis ke atas sebuah portal berita dan penulisnya kerana menyiarkan sebuah berita yang disifatkan berunsur fitnah.

[email protected] Daigo, 58 berkata artikel bertajuk ‘Hundreds throng NRD counter, sparking fear of Project IC 2.0 in Sabah’ semalam turut menimbulkan persoalan berhubung integriti penjawat awam yang berkompromi dalam soal undang-undang negara.

Dalam laporan polis yang dibuat di sini hari ini, Peter berkata  artikel itu telah menyebarkan cerita seolah-olah program bersama Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang diadakan di Dewan Masyarakat Keningau pada Jumaat lalu adalah satu lagi usaha untuk mewujudkan ‘Projek IC’, iaitu projek memberi kad pengenalan kepada warga asing.

“Penulis telah menyiarkan suatu berita yang dia sendiri tidak pasti akan kesahihannya,” dakwanya dan menambah berita itu juga menimbulkan kerisauan dalam kalangan rakyat Sabah.

Sehubungan itu, Peter meminta polis menyiasat portal berita tersebut dan penulis artikel berkenaan kerana cuba menghasut rakyat.

Sumber – Bernama

Peter @ Isong Daigo, dan beberapa ahli Parti Warisan Sabah cawangan Bingkor bergambar dihadapan Balai Polis Keningau selepas membuat laporan polis ke atas portal berita dan penulis artikel. – Laporan polis Peter. Gambar BorneoToday.net
635