Rakyat Sabah Sebenarnya Merindui Zaman Pentadbiran BN – Ketua UMNO Labuan

LABUAN, 7 Okt : Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO merangkap Ketua UMNO Bahagian Labuan, Datuk Mohd Rafi Alli Hassan menzahirkan keyakinan bahawa rakyat Sabah merindui era pentadbiran Barisan Nasional (BN) yang terbukti membawa kestabilan, kemajuan dan kesejahteraan kepada negeri itu.

Menurut beliau, zaman pemerintahan BN dahulu menyaksikan pembangunan negeri dirancang dengan baik, ekonomi berkembang pesat dan kebajikan rakyat sentiasa menjadi keutamaan.

“Saya yakin dan percaya, rakyat Sabah sebenarnya merindui zaman pentadbiran Barisan Nasional iaitu zaman di mana pembangunan dirancang dengan baik, ekonomi negeri berkembang pesat, dan kesejahteraan rakyat menjadi keutamaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau turut mendoakan agar seluruh kepimpinan serta jentera BN Sabah diberikan kekuatan, ketabahan dan perlindungan oleh Allah SWT untuk terus berkhidmat dengan penuh keikhlasan kepada rakyat.

“Marilah kita bekerja bersungguh-sungguh, menambat hati rakyat dan terus dekat dengan mereka, bukan hanya menjelang pilihan raya tetapi setiap masa, sebagai tanda kasih dan tanggungjawab kita kepada negeri ini,” ujarnya.

Mohd Rafi menegaskan bahawa sudah tiba masanya BN bangkit semula membawa sinar harapan dan kemakmuran kepada rakyat Sabah iaitu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) ini.

Semalam, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dibubarkan bagi memberi laluan kepada PRN Sabah Ke-17.

DUN Sabah mempunyai 79 kerusi, dengan 73 daripadanya dipertandingkan manakala enam lagi merupakan Ahli DUN yang dilantik.

PRN Sabah Ke-16 pada 2020 menyaksikan GRS yang ketika itu berada dalam gabungan Perikatan Nasional bersama Barisan Nasional (BN) dan PBS serta sokongan Ahli DUN bebas, berjaya membentuk kerajaan Sabah dengan memperoleh 41 daripada 73 kerusi dipertandingkan.

SumbeR: UMNO Online

Ikuti kami di Channel WhatsApp  dan Telegram kami Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *