UMNO Tunjang Perpaduan Bumiputera Islam Sabah – Salleh Said Keruak

Salleh Said Keruak

TAWAU: Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak menyifatkan UMNO sebagai tunjang utama perpaduan masyarakat Bumiputera Islam di Sabah sejak penubuhannya di negeri itu.

Menurut beliau, kekuatan parti mesti diutamakan berbanding kepentingan individu kerana perjuangan parti adalah berasaskan aspirasi rakyat. Beliau menegaskan bahawa walaupun pemimpin boleh datang dan pergi, parti perlu kekal kukuh sebagai wadah perjuangan rakyat.

“Pemimpin boleh datang dan pergi, tetapi parti mesti kekal kuat. UMNO lahir daripada aspirasi rakyat dan ia perlu terus menjadi wadah perjuangan untuk masyarakat Bumiputera Islam di Sabah,” katanya.

Salleh berkata demikian ketika merasmikan program Radu Tatap Radu (RTR) peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Balung, di sini, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata sebelum kehadiran UMNO di Sabah, masyarakat Bumiputera Islam dalam keadaan berpecah dan tidak memiliki satu suara yang utuh.

“UMNO berjaya menyatukan mereka dan pada masa sama, membangunkan negeri ini bersama kaum-kaum lain. Inilah kekuatan UMNO yang gagal dicapai oleh parti-parti tempatan,

“Sejarah politik Sabah menunjukkan bahawa parti berteraskan individu sering kali hilang pengaruh dan kepercayaan rakyat apabila pemimpin utamanya tidak lagi berkuasa.

“Parti yang hanya bergantung kepada tokoh tertentu tidak akan mampu bertahan lama. Sebaliknya, UMNO masih teguh berdiri kerana perjuangannya mewakili suara dan harapan rakyat,” katanya

Turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Tawau, Ghazalie Ansing; Ketua UMNO Bahagian Kalabakan, Samasuddin Yusop; dan Ketua UMNO Bahagian Kota Belud, Azuwan Marjan.

Ikuti kami di Channel WhatsApp  dan Telegram kami Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *