
KOTA KINABALU: Parti Bersatu Sabah (PBS) menolak kerjasama politik dengan Barisan Nasional (BN) pada PRN17 akan datang.
Pemangku Presiden Joachim Gunsalam berkata pendirian itu dibuat selepas majoriti ahli majlis tertinggi tidak bersetuju untuk bekerjasama dengan BN dalam pilihan raya berkenaan.
PBS turut menegaskan pendirian untuk terus setia bersama Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada PRN itu.
“Pendirian kita jelas. PBS akan terus bekerjasama dalam gabungan GRS dan komited terhadap kerjasama politik ini menjelang PRN itu.
“PBS turut mengulangi komitmen untuk memperkukuh hubungan dan kerjasama dengan komponen GRS iaitu Parti Solidariti Tanah Airku yang dipimpin Jeffrey Kitingan,” katanya dalam kenyataan.
Penggal lima tahun DUN Sabah akan berakhir pada 11 Nov.
SumbeR: FMT
Ikuti kami di Channel WhatsApp dan Telegram kami Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah