Kanak-Kanak Autisme Usia 6 Tahun Ditemui Lemas di Tasik Batu Putih

Kawasan tasik yang dipercayai mangsa bermain sebelum ditemukan lemas.

KINABATANGAN: Seorang kanak-kanak autisme yang dilaporkan hilang, ketika bermain di tepi tasik di Batu Putih, Menggaris, di sini, ditemukan lemas, semalam.

Mangsa, berusia 6 tahun itu dilaporkan hilang kira-kira jam 2 petang sebelum mayatnya ditemukan di dalam tasik berkenaan kira-kira jam 8.45 malam, lebih 100 meter dari rumahnya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, Hairi Utoh berkata, sebaik menerima maklumat daripada keluarga mangsa, pasukan bomba digerakkan ke lokasi untuk menjalankan operasi pencarian.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak polis selepas ditemukan oleh penduduk kampung yang turut serta dalam operasi pencarian berkenaan.

“Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan media, semalam.

Beliau berkata, pemeriksaan menyeluruh di lokasi kejadian turut dilakukan pasukan bomba sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 10.40 malam.

Terdahulu, kehilangan kanak-kanak malang itu disedari oleh ahli keluarganya selepas dia dilihat bermain seorang diri di tepi tasik berkenaan.

Ikuti kami di Channel WhatsApp  dan Telegram kami Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *