JIM Sabah Tahan 24 Pendatang Tanpa Izin (PTI) Di Ranau

Antara PTI yang berjaya ditahan dalam operasi oleh JIM Sabah di Ranau.

RANAU: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah tahan 24 pendatang tanpa izin (PTI) dalam operasi penguatkuasaan yang dijalankan di sekitar daerah ini, semalam.

Operasi yang bermula kira-kira jam 3 petang itu telah menjalankan pemeriksaan seramai 38 individu dan 24 daripadanya ditahan atas pelbagai kesalahan Imigresen.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan JIM Sabah semalam berkata, operasi dilaksanakan dengan membabitkan seramai 21 pegawai pelbagai pangkat dari Bahagian Penguatkuasa JIM Sabah.

Katanya, seramai 38 individu diperiksa dan hasil pemeriksaan ini, seramai 24 PTI ditahan atas pelbagai kesalahan Imigresen.

“Mereka yang ditahan terdiri daripada warganegara China, Pakistan dan Indonesia. Antara kesalahan yang dikesan termasuk tiada dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa dan melanggar syarat Pas.

“Semua PTI terbabit dibawa ke Depot Tahanan Imigresen untuk siasatan dan tindakan lanjut,” katanya.

Menurutnya, JIM akan terus melaksanakan operasi secara berterusan bagi mengesan, menangkap, mendakwa dan mengusir warga asing yang melanggar undang-undang imigresen negara ini.

Katanya, pihak majikan juga diingatkan agar tidak menggaji, melindungi atau menyembunyikan PTI kerana tindakan tegas akan diambil mengikut Akta Imigresen 1959/63 .

“Majikan juga boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM),” katanya.

Ikuti kami di Channel WhatsApp  dan Telegram kami Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *