Penunggang Motosikal Maut Bertembung Kereta Dalam Kemalangan Di Putatan

Motosikal dan sebuah kereta bertembung dalam kemalangan yang mengakibatkan penunggang motosikal maut di lokasi kejadian.

PENAMPANG: Seorang lelaki maut selepas motosikalnya bertembung dengan sebuah kereta dalam kemalangan di Jalan Kota Kinabalu-Papar berhampiran Kampung Meruntum Putatan dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Penampang Superintendan Sammy Newton berkata, pihaknya menerima laporan kejadian terbabit kira-kira jam 4.30 pagi.

Katanya, mangsa yang juga warga tempatan berumur 42 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan yang bertugas.

Menurutnya, mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Queen Elizabeth (HQE) Kota Kinabalu untuk bedah siasat lanjut.

“Siasatan awal di lokasi kejadian mendapati sebuah kereta dipandu oleh seorang lelaki tempatan berusia 55 tahun datang dari arah Petagas, Putatan menuju ke Papar.

“Ketika sampai di lokasi kejadian, kereta pemandu terbabit bertembung dengan sebuah motosikal yang disyaki ditunggang secara melawan arus dari arah Kinarut menuju ke Putatan. 

“Akibat daripada perlanggaran itu, mangsa disahkan meninggal dunia, manakala pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat dibawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan pihak polis meminta saksi kejadian untuk tampil memberi maklumat untuk membantu siasatan.

Menurutnya, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta berhubung dengan Pegawai Penyiasat, Insp. Amrin Mohamad Arif di talian 017-6638278.

Dalam pada itu, pihaknya turut menasihatkan orang awam supaya sentiasa berhati-hati ketika memandu di jalan raya dan meminta agar tidak menularkan sebarang imej atau klip video tempat kejadian di rangkaian media sosial bagi menjaga sensitiviti keluarga mangsa.

Ikuti kami di Channel WhatsApp  dan Telegram kami Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *