Tak Boleh Ada 2 Kerajaan Perpaduan, Kata Ahli Parlimen Warisan

Isnaraissah Munirah Majilis berkata, Anwar Ibrahim perlu membuktikan beliau merupakan perdana menteri untuk semua.

KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen Warisan berkata, negara tidak patut mempunyai dua versi kerajaan perpaduan kerana partinya dilayan seperti pembangkang, walaupun ia antara parti pertama menyokong pentadbiran Anwar Ibrahim.

Isnaraissah Munirah Majilis (Warisan-Kota Belud) berkata, kerajaan perpaduan perlu berfungsi di peringkat persekutuan dan negeri.

“Tidak boleh ada dua set kerajaan perpaduan dalam pentadbiran ini.

“Sepatutnya kalau kerajaan perpaduan di peringkat persekutuan adalah set A, maka set yang sama diterjemahkan di peringkat negeri,” katanya ketika membahas titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat.

Isnaraissah berkata, parti itu tidak menuntut jawatan, tetapi hanya mahu dilayan secara adil dan diberikan ruang untuk berkhidmat di kawasan diwakili mereka.

“Ini mengingatkan saya kepada lagu ABBA, ‘The Winner Takes It All’.”

Katanya, Anwar perlu membuktikan beliau merupakan perdana menteri untuk semua.

Warisan kini mempunyai 16 Adun di Sabah, yang ditadbir Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Pakatan Harapan. – FMT

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *