Dua Warga Asing Miliki Senjata Buatan Sendiri Ditahan

Kedua dua suspek yang ditahan bersama senapang buatan sendiri dalam serbuan tersebut.

TAWAU : Dua orang lelaki warga asing telah ditahan oleh sepasukan polis dari Balai Polis Kalabakan bersama anggota keselamatan Benta Wawasan Sdn Bhd kerana memiliki senjata api buatan sendiri jenis senapang guli.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata pihaknya menerima laporan mengenai senjata yang dimiliki oleh kedua-dua suspek terbabit.

Katanya, sepasukan polis daripada Balai Polis Kalabakan bersama anggota keselamatan ladang berkenaan menjalankan serbuan untuk mengesan suspek.

“Hasil serbuan yang dilakukan di sebuah rumah tidak bernombor di ladang berkenaan berjaya menahan kedua-dua suspek terbabit.

“Hasil pemeriksaan, menemukan selaras senapang guli buatan sendiri yang disorok dan disimpan di rumah tersebut,” katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.

Menurutnya, kedua-dua suspek terbabit adalah warga asing dan tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

Jasmin berkata, kedua-dua suspek kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau untuk tindakan selanjutnya.

“Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960 dan Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *