Kereta Terbakar Selepas Rempung Pencawang Elektrik

TENOM: Dua lelaki termasuk seorang remaja berusia 17 tahun sempat menyelamatkan diri selepas kenderaan dinaiki mereka hilang kawalan sebelum merempuh pencawang elektrik dan terbakar 90% dalam kemalangan di Kampung Gumisi Kemabong, di sini, petang semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tenom, Mohd Zainal Sinsian berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai nahas itu, jam 7.30 petang.

Katanya sepasukan 6 pegawai dan anggota dari BBP Tenom dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak 35 kilometer dari balai.

“Kemalangan melibatkan sebuah kenderaan jenis Toyota Corona terbabas sendiri lalu melanggar pencawang di tepi jalan dan terbakar 90%.

“Terdapat 2 orang mangsa terlibat berjaya keluar sendiri daripada kenderaan dalam keadaan selamat,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *