Banjir Di Sabah Pulih, Semua PPS Ditutup

KOTA KINABALU: Banjir di Sabah pulih sepenuhnya apabila tiga lagi pusat pemindahan sementara (PPS) membabitkan dua di Telupid dan satu di Daerah Kecil Paitan ditutup sepenuhnya semalam.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan semua 55 orang mangsa daripada 15 keluarga telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing selepas berada di tiga PPS itu sejak seminggu lepas.

Hujan berterusan sejak malam Khamis lepas di beberapa daerah di kawasan Pantai Timur dan Utara Sabah menyebabkan penduduk kampung yang terjejas akibat banjir terpaksa dipindahkan ke PPS apabila air sungai melimpah dan menenggelamkan kediaman masing-masing.

Daerah yang terjejas banjir termasuk Kota Marudu, Pitas, Telupid, Daerah Kecil Paitan dan Sandakan melibatkan lebih 3,000 mangsa di 27 PPS.

Sementara itu, laman sesawang Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan berlaku ribut petir di satu dua tempat di Sabah pada malam tadi. – BERNAMA

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *