PKPD Di 4 Lagi Lokaliti Di Sabah Mulai Rabu

Perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) dikuatkuasakan di 4 lokaliti di Sabah bermula 8 September ini.

PUTRAJAYA: Lima lagi lokaliti dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) bermula 8 September hingga 21 September ini.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Rodzi Md Saad berkata dalam kenyataan, lima lokaliti dikenakan PKPD itu susulan penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19 dijalankan Kementerian Kesihatan (KKM).

Pelaksanaan PKPD di Sabah bermula 8 September hingga 21 September adalah seperti berikut:

Sabah

  • Dua lokaliti di Kota Belud membabitkan Kampung Pantai Emas dan Kampung Lentigi.
  • Kampung Pahu Pinawantai, Ranau.
  • Kampung Mompilis, Matunggong, Kudat.

Lanjutan PKPD di Sabah hingga 21 September:

  • Kampung Tanjung Batu Tengah, Tawau Sabah.
  • Taman Limauan, Kinarut Papar, Sabah.

Penamatan PKPD di Sabah pada 7 September:

  • Kampung Kota Tuaran, Sabah.
  • Taman Kinarut Ria, Papar, Sabah.
  • Empat lokaliti di Penampang, Sabah, membabitkan Delta Height, Kampung Sindanan, Rainfield Garden dan Maju Kota Light Industry, Jalan Lama Penampang.
  • Kampung Mondikot, Papar, Sabah.
  • Ladang Mawang, Kalabakan, Sabah.
  • Kem Sawmill (Kilang Papan) Mengawam Sri Arjuna, Sipitang, Sabah.
  • Tiga lokaliti di Tawau, Sabah melibatkan Taman Ranggu Saujana, Kampung Sungai Tamang Pulau Sebatik dan Kampung Tanjung Batu Laut, Logpon.
  • Tiga lokaliti di Kinabatangan, Sabah membabitkan Kampung Pelangi, Kampung Sri Manis dan Ladang Sungai Pin.
  • Dua lokaliti di Lahad Datu, Sabah iaitu Perumahan Ladang Felda Sahabat 55 dan Taman Pertama Satu.
  • Kampung Manggaris 2, Kota Marudu, Sabah tamat bermula 6 September.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *