
PUTRAJAYA: Lima lagi lokaliti dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) bermula 8 September hingga 21 September ini.
Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Rodzi Md Saad berkata dalam kenyataan, lima lokaliti dikenakan PKPD itu susulan penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19 dijalankan Kementerian Kesihatan (KKM).
Pelaksanaan PKPD di Sabah bermula 8 September hingga 21 September adalah seperti berikut:
Sabah
- Dua lokaliti di Kota Belud membabitkan Kampung Pantai Emas dan Kampung Lentigi.
- Kampung Pahu Pinawantai, Ranau.
- Kampung Mompilis, Matunggong, Kudat.
Lanjutan PKPD di Sabah hingga 21 September:
- Kampung Tanjung Batu Tengah, Tawau Sabah.
- Taman Limauan, Kinarut Papar, Sabah.
Penamatan PKPD di Sabah pada 7 September:
- Kampung Kota Tuaran, Sabah.
- Taman Kinarut Ria, Papar, Sabah.
- Empat lokaliti di Penampang, Sabah, membabitkan Delta Height, Kampung Sindanan, Rainfield Garden dan Maju Kota Light Industry, Jalan Lama Penampang.
- Kampung Mondikot, Papar, Sabah.
- Ladang Mawang, Kalabakan, Sabah.
- Kem Sawmill (Kilang Papan) Mengawam Sri Arjuna, Sipitang, Sabah.
- Tiga lokaliti di Tawau, Sabah melibatkan Taman Ranggu Saujana, Kampung Sungai Tamang Pulau Sebatik dan Kampung Tanjung Batu Laut, Logpon.
- Tiga lokaliti di Kinabatangan, Sabah membabitkan Kampung Pelangi, Kampung Sri Manis dan Ladang Sungai Pin.
- Dua lokaliti di Lahad Datu, Sabah iaitu Perumahan Ladang Felda Sahabat 55 dan Taman Pertama Satu.
- Kampung Manggaris 2, Kota Marudu, Sabah tamat bermula 6 September.
Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost