Puisi hasil penulisan Sarah Ariffin ini melambangkan ketabahan seorang wanita iaitu ibunya sendiri yang telah mengharungi pelbagai dugaan hidup sejak kecil memandangkan dia membesar dalam kehidupan yang susah. Namun, Sarah Ariffin berasa kagum dengan kecekalan ibunya yang tidak pernah mengeluh atau mengadu masalah malah dia sentiasa ceria dan optimis.
Dia menulis puisi ini untuk mengabadikan pengorbanan ibunya dan mendedikasikan persembahan ini kepada golongan wanita yang bergelar ibu.
Pengarah KV Keningau, Encik Johari @ Jaibet Bin Sabin, meluahkan rasa bangga dengan pencapaian pelajar ini.
Dia berpendapat kejayaan sebegini menunjukkan betapa pentingnya bagi pendidikan sekolah untuk menggalakkan perkembangan bakat seni dan bahasa di kalangan pelajar kerana ianya mampu memupuk nilai-nilai murni.
Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost