Pelajar KV Keningau Johan Puisi Video Di Festival Seni Sepanyol

KENINGAU: Nurul Ain Sarah Binti Mohd Ariffin, pelajar tahun akhir jurusan pengurusan perniagaan Kolej Vokasional Keningau, telah menulis dan mempersembahkan puisi bertajuk “her grit” (ketabahan dia) dalam bentuk puisi video iaitu sebuah genre puisi yang masih dianggap baru dalam bidang seni.

Hasil karya aslinya ini telah dinobatkan sebagai johan bagi kategori tersebut di festival seni Sepanyol “Paints of the Spanish Sun” pada 1 Ogos 2021.

Festival dalam talian anjuran Monolit Projects SL tersebut mempertengahkan pelbagai kategori pertandingan termasuklah tarian, muzik, teater dan lukisan.

Puisi video adalah puisi yang dipersembahkan dalam bentuk visual seperti gambar dan klip video pendek yang digabungkan dengan teks dan audio pembacaan puisi.

Puisi video ciptaan Sarah Ariffin bolehlah ditonton melalui pautan ini:

Puisi hasil penulisan Sarah Ariffin ini melambangkan ketabahan seorang wanita iaitu ibunya sendiri yang telah mengharungi pelbagai dugaan hidup sejak kecil memandangkan dia membesar dalam kehidupan yang susah. Namun, Sarah Ariffin berasa kagum dengan kecekalan ibunya yang tidak pernah mengeluh atau mengadu masalah malah dia sentiasa ceria dan optimis.

Dia menulis puisi ini untuk mengabadikan pengorbanan ibunya dan mendedikasikan persembahan ini kepada golongan wanita yang bergelar ibu.

Pengarah KV Keningau, Encik Johari @ Jaibet Bin Sabin, meluahkan rasa bangga dengan pencapaian pelajar ini.

Dia berpendapat kejayaan sebegini menunjukkan betapa pentingnya bagi pendidikan sekolah untuk menggalakkan perkembangan bakat seni dan bahasa di kalangan pelajar kerana ianya mampu memupuk nilai-nilai murni.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *