Olimpik: Beregu Malaysia Hantar Pasangan No.1 Dunia Pulang Ke Indonesia

Pasangan beregu lelaki No.1 negara, Aaron Chia-Sooh Wooi Yik melangkah ke aksi separuh akhir Sukan Olimpik Tokyo 2020 selepas menewaskan pasangan beregu No.1 dunia dari Indonesia, Kevin Sanjaya Sukamuljo-Marcus Fernaldi Gideon, hari ini.

Dalam aksi di Musashino Forest Sport Plaza itu, pasangan negara bermain dengan tenang seawal set pertama dengan menyerap segala tekanan yang diberikan sebelum mencatat kemenangan 21-14, 21-17.

Perlawanan itu menyaksikan Kevin Sanjaya sekali lagi gagal mengawal keadaan apabila kerap melakukan kesilapan mudah selain kelihatan tidak tenang seperti kebiasaan dalam mana-mana kejohanan.

Kevin Sajaya sekali lagi hilang kawalan dan membaling raket di lantai dan menyebabkan konsentrasi mereka terganggu pada pertengahan set kedua.

Ini merupakan kejutan kedua terbesar selepas pemain No.1 dunia dari Jepun dalam acara perseorangan lelaki, Kento Momota tersingkir di peringkat kumpulan, semalam.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *