COVID-19: Rekod Tertinggi Dalam Sejarah, 6,806 Kes Baharu Direkodkan Hari Ini

Dr Noor Hisham Abdullah

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 6,806 kes baharu Covid-19, rekod tertinggi jangkitan harian sejak pandemik melanda negara tahun lalu.

Rekod sebelum ini ialah 6,075 kes yang dicatatkan semalam.

Menerusi hantaran di Twitter, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah jangkitan kini adalah 492,302.

Selangor mencatatkan jumlah jangkitan tertinggi dengan 2,277 kes.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *