PKPD Di Dua Kampung Di Nabawan Dilanjutkan Sehingga 26 Mac

KUALA LUMPUR: Tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Sinsingon dan Kampung Lotong, Nabawan, Sabah, dilanjutkan hingga 26 Mac ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata keputusan itu diambil kerana terdapat 322 baki sampel saringan yang sedang menunggu keputusan dan masih terdapat kes positif baharu dilaporkan.

“Sehingga kini, Kementerian Kesihatan (KKM) sudah melaksanakan sebanyak 674 ujian saringan dan daripada jumlah itu sebanyak 81 kes positif COVID-19 direkodkan.

“Selepas membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP, Kerajaan bersetuju untuk melanjutkan PKPD di Kampung Sinsingon dan Kampung Lotong, Nabawan, Sabah bermula 13 Mac sehingga 26 Mac ini,” katanya dalam kenyataan media mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP) hari ini

Untuk rekod, PKPD di Kampung Sinsingon dan Kampung Lotong dilaksanakan selama 14 hari sejak 27 Februari lalu.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *