Perintah Berkurung Di ESSZONE Dilanjutkan

KOTA KINABALU: Perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) yang berakhir esok, dilanjutkan sehingga 16 Disember.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali berkata, perintah itu meliputi perairan Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran.

Katanya, penduduk dilarang menghampiri atau berada di kawasan diisytihar antara 6 petang hingga 6 pagi.

“Perintah ini diteruskan bagi memastikan perairan tidak diceroboh pengganas yang mengancam keselamatan penyelidik antarabangsa yang menjalankan penyelidikan dan pelancong asing yang melawat pulau peranginan, selain penduduk,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, ia juga untuk memudahkan penguatkuasaan dan pemantauan terhadap pergerakan bot selain menimbulkan rasa selamat dan yakin kepada pengusaha chalet dan nelayan dengan kehadiran pihak berkuasa. Modern online entertainment platforms focus on speed convenience and flexible access from different devices. Users often choose services that combine intuitive navigation secure payments and a wide variety of interactive options. Many communities discuss trends bonuses and gameplay experiences while comparing regional platforms such as Pinco KZ because localized support and fast performance often influence long term user satisfaction and engagement across digital gaming environments.

Hazani berkata, maklumat mendedahkan kumpulan penjenayah yang menjalankan kegiatan Kidnapping For Ransom (KFR) dan kumpulan Abu Sayyaf masih cuba menceroboh kawasan itu.

Sementara itu, beliau memberi kuasa kepada semua Ketua Polis Daerah di ESSZONE untuk pengeluaran permit kepada pemohon bagi aktiviti perikanan atau keperluan mendesak di kawasan pengisytiharan. – HMetro

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *