Anak bekas Ketua Menteri Sabah akhirnya angkat sumpah

KUALA LUMPUR: Yamani Hafez Musa, anak kepada bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Sipitang di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof, di Kamar Khas Parlimen kira-kira jam 8.04 pagi ini.

Anak bekas Ketua Memteri Sabah, Yamani Hafeez Musa mengangkat sumpah sebagai anggota Ahli Parlimen Sipitang dihadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof di kamar khas Dewan Rakyat, Bangunan Parlimen.

Dengan itu, beliau menjadi wakil rakyat terakhir mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen.

Usai upacara angkat sumpah, Mohamad Ariff mengucapkan sekalung tahniah kepada Yamuni Hafez yang memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14). pada 9 Mei tahun lalu.

“Sungguhpun Yang Berhormat baru mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Rakyat, namun saya yakin Ahli Yang Berhormat akan terus melaksanakan tugas sebagai wakil rakyat ini dengan terhormat seperti yang dituntut keluhuran institusi ini.

“Oleh yang demikian, saya berharap semoga Yang Berhormat dapat memberi sumbangan yang berguna dan berfaedah kepada Dewan ini dan berfaedah kepada Dewan ini dan kepada negara seterusnya dan semoga dapat berkhidmat dengan cemerlang,” katanya.

Terdahulu, Yamuni Hafez adir di Parlimen ditemani 21 penyokongnya.

Yamani Hafez adalah antara lima Ahli Parlimen dari UMNO Sabah yang keluar parti dan menjadi wakil rakyat Bebas, bulan lalu.

Bekas Ketua Pemuda UMNO Sabah itu dilaporkan menghilangkan diri selepas PRU-14 dan dikatakan berada di luar negara bagi menemani bapanya yang mendapatkan rawatan kesihatan.

Bulan lalu, Mohamad Ariff berkata, pihaknya akan mengeluarkan surat ingatan terakhir kepada Yamani Hafez untuk hadir mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Sipitang sebelum sidang berakhir pada 11 Disember.

Beliau juga mengesahkan Yamani Hafez belum menjawab beberapa surat berhubung perkara itu.

Berdasarkan Perkara 59 Perlembagaan Persekutuan, Ahli Parlimen yang gagal mengangkat sumpah dalam tempoh enam bulan mulai dari tarikh Dewan Rakyat mula bersidang, akan hilang kelayakan. – Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *