5 Lokasi Penempatan PTI Diserbu Dalam Operasi Khas Polis

Antar pendatang tanpa izin (PTI) yang ditahan dikumpulkan selepas operasi selesai dijalankan.

Kota Kinabalu: Seramai 19 pendatang tanpa izin (PTI) ditahan dalam operasi membabitkan serbuan di lima lokasi sekitar daerah ini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, operasi selama empat jam itu dijalankan bermula jam 10 malam pada Jumaat hingga 2 pagi Sabtu lepas.

Menurutnya, kesemua tangkapan berumur dalam lingkungan 12 hingga 52 tahun dan disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

“Tumpuan lokasi operasi di kawasan bandaraya yang mana kadar pertumbuhan PTI mengundang kepada kegiatan jenayah di daerah ini.

“Operasi ini akan dijalankan secara berterusan dan orang ramai dialu-alukan untuk menyalurkan sebarang maklumat kepada balai polis berhampiran atau melalui media sosial seperti Facebook Polis Kota Kinabalu.

“Usaha ini untuk membanteras jenayah, PTI, dadah, dan gejala sosial negatif di kawasan Kota Kinabalu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, agensi lain termasuklah Pasukan Gerakan Am (PGA) Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan

Imigresen, Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) turut membantu sepanjang operasi dijalankan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *