PPM Tahan PATI, Individu Lesen Tamat Tempoh Di Tawau

Gambar Ihsan Pasukan Polis Marin W4 Sabah

TAWAU, 16 Jun – Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau menahan dua pendatang asing tanpa izin (PATI) di perairan Laut Batu 4 dekat sini, semalam.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, ACP Mohamad Pajeri Ali berkata sewaktu anggota PPM bertugas dalam rondaan Op Gelora pada 3.30 petang, PATI warga Indonesia berumur 55 dan 38 tahun di dalam sebuah bot pam ditahan dan diperiksa.

Gambar Ihsan Pasukan Polis Marin W4 Sabah

“Hasil pemeriksaan itu, kedua-duanya gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Sementara itu, di lokasi berhampiran, seorang lelaki tempatan yang mengendalikan sebuah bot turut ditahan atas kesalahan menggunakan lesen perikanan bot yang tamat tempoh.

Gambar Ihsan Pasukan Polis Marin W4 Sabah

Mohamad Pajeri berkata kesemua tahanan itu dibawa ke pangkalan Markas Operasi PPM Tawau untuk siasatan lanjut mengikut Akta Imigresen 1959/1963 serta Akta Perikanan 1985.

— BERNAMA 

574