KOTA MARUDU: Seorang wanita terkorban dalam satu kemalangan melibatkan pertembungan dua buah kenderaan jenis Perodua Kancil dan Isuzu Dmax di Jalan Langkon petang tadi.
Ketua Polis Daerah Kota Marudu Superintendan Mohd Izaan Abdullah berkata mangsa, Jaliah Mojiap, 46, yang juga penumpang Perodua Kancil berasal dari Kampung Gana Jalan Piso meninggal dunia di lokasi kejadian.
Sementara itu, pemandu Perodua Kancil berkenaan mengalami cedera parah di bahagian badan.
Manakala, pemandu Isuzu Dmax hanya mengalami cedera ringan
Katanya siasatan awal di lokasi kejadian mendapati kemalangan berlaku lebih kurang pukul 1.45 petang.
“Kejadian berlaku apabila sebuah Perodua Kancil dari arah Kota Marudu telah memasuki laluan yang bertentangan dan bertembung dengan sebuah Isuzu Dmax dari arah Langkon.
“Hasil siasatan mendapati punca kemalangan disebabkan pemandu Perodua Kancil yang cuai memasuk simpang secara tiba-tiba.
“Bagaimanapun siasatan masih diteruskan,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.
Jelasnya kes disiasat di bawah Seksyeb 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -SabahNewsToday