Perempuan Remaja Cedera Parah Di Batu 8 Jalan Apas

Keadaan Toyota Vigo yang terbabas dengan sendiri di Jalan Apas Batu 8. Gambar Ehsan Bomba

TAWAU: Seorang remaja perempuan berumur 17 tahun cedera parah dalam satu kemalangan di Jalan Apas Batu 8 hari ini.

Pegawai Bomba Kanan Dua (2) Balai Bomba dan Penyelamat Tawau Alipoldo Timbang berkata kemalangan tersebut berlaku akibat sebuah kenderaan jenis Toyota Vigo terbabas dengan sendiri sendiri.

“Dilaporkan terdapat tiga orang mangsa terlibat. Seorang cedera parah dan dua orang cedera ringan.

“Mangsa seterusnya diberikan rawatan awal oleh Pasukan Perkhidmatan Perawatan Kecemasan (EMRS) dan pasukan perubatan.

“Mangsa kemudiannya dihantar ke hospital menggunakan EMRS dan Ambulan untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.

Sementara itu, katanya Pusat Gerakan Operasi Sabah terima panggilan kecemasan tersebut pada pukul 12.02 tengah hari.

“BBP Tawau bergegas ke lokasi kejadian bersama enam orang anggota. Operasi tamat pada pukul 12.45 tengah hari,” katanya. -SabahNewsToday

Keadaan Toyota Vigo yang terbabas dengan sendiri di Jalan Apas Batu 8. Gambar Ehsan Bomba

Pasukan Bomba berusaha memeriksa kenderaan tersebut selepas kemalangan bagi memastikan keadaan selamat. Gambar Ehsan Bomba
Keadaan Toyota Vigo yang terbabas dengan sendiri di Jalan Apas Batu 8. Gambar Ehsan Bomba
304