Pekerja Hilang Ketika Memancing, Dipercayai Dibaham Buaya Di Lahad Datu

HILANG SEMASA MEMANCING, PEKERJA LADANG DIPERCAYAI DIBAHAM BUAYAd

LAHAD DATU; 10 JUN 2019 (Isnin) – Pekerja ladang lelaki dikhuatiri hilang dipercayai di baham buaya di sebuah Ladang di Jalan Temenggung Lahad Datu, petang kelmarin.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri dalam kenyataan berkata, sebaik Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu menerima panggilan pada 8.02 pagi tadi, PBK II Julkifli Harry bersama 3 anggota respon ke lokasi melalui jarak 65 kilometer bagi operasi Mencari dan Menyelamat.

Difahamkan, mangsa berumur 44 tahun warga Indonesia itu disyaki dibaham buaya selepas dilaporkan hilang semasa sedang memancing di sebatang sungai di ladang terbabit kira-kira pukul 4 petang.

SUMBER:#BESTAWAUfm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *