LABUAN – Seorang maut dan seorang lagi koma dalam satu kemalangan melibatkan sebuah van di Jalan Patau-Patau, Labuan, tengah malam tadi.
Ketua Polis Labuan, Supritenden Muhamad Farid Ahmad berkata, kejadian kira-kira pukul 12 tengah malam itu menyaksikan van mangsa dalam perjalanan dari arah Bandar menuju ke rumah.
Van yang dipercayai dipandu laju itu terbabas ke kiri jalan, lalu melanggar sebuah lori yang parkir di tepi jalan berkenaan.
Dalam kejadian itu, penumpang di sebelah pemandu, Tugang Anak Sigi berusia 32 tahun disahkan meninggal dunia disebabkan kecederaan pada seluruh badan.
Manakala seorang lagi penumpang di belakang van, lelaki berusia 32 tahun dipercayai masih dalam keadaan koma.
Bagaimanapun, pemandu van hanya mengalami cedera ringan.
Mangsa dibawa ke Hospital Labuan untuk rawatan lanjut.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.