JAKARTA: Enam maut dan 200 lagi cedera dalam ketegangan sivil di ibu kota Indonesia, kata gabenor bandar raya itu, Anies Baswedan, hari ini selepas suruhanjaya pilihan raya mengesahkan Presiden Joko Widodo menang pilihan raya bulan lalu.
“Menjelang 9.00 pagi ini, kira-kira 200 orang cedera dibawa ke lima hospital.
“Manakala, enam lagi terbunuh,” katanya kepada stesen penyiar TVOne, sambil menambah hospital melakukan bedah siasat bagi menentukan punca kematian. – Reuters