Remaja Perempuan 17 Tahun Dilapor Hilang di Kota Marudu

Remaja 17 tahun dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu.

KOTA MARUDU: Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di pekan Tandek, di sini, sejak Jumaat lalu.

Remaja berkenaan dilaporkan keluar dari rumah kira-kira jam 7.25 malam pada 27 Mac lalu tanpa memaklumkan kepada keluarganya.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintendan Simiun Lomudin, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan remaja itu kira-kira jam 8.23 malam, semalam.

Beliau berkata, usaha mencari telah dijalankan oleh ahli keluarga, namun mangsa masih belum ditemui setakat ini.

“Remaja itu berbadan kurus, berkulit cerah, berkening nipis serta berambut panjang hitam,” katanya dalam kenyataan media, semalam.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat supaya tampil membantu siasatan.

“Mereka boleh menghubungi Sarjan Stephen Wan di talian 019-4695081 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Marudu di talian 088-662449.

“Maklumat juga boleh disalurkan di mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

Ikuti kami di Channel WhatsApp  dan Telegram kami Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *