JHL Berjaya Tangkap Buaya Lima Meter Di Merotai

Foto Facebook

TAWAU : Jabatan Hidupan Liar dengan bantuan penduduk kampung berjaya menangkap seekor buaya jantan berukuran hampir lima meter di Sungai Kampung Pangkalan Asli, hari ini.

Sebelum ini, penduduk memaklumkan bahawa kelibat buaya tersebut telah dikesan sejak minggu lalu sebelum aduan rasmi dibuat kepada Jabatan Hidupan Liar.

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat atas keprihatinan dan kerjasama yang diberikan dalam usaha meningkatkan tahap keselamatan penduduk kampung.

Ikuti kami di Channel WhatsApp  dan Telegram kami Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *