Tun Mahathir Dikejarkan ke IJN Selepas Terjatuh di Rumah

Tun Mahathir

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), di sini, jam 9.30 pagi tadi selepas dilaporkan terjatuh di kediamannya pada awal pagi.

Perkara tersebut disahkan oleh Setiausaha Akhbar bekas Perdana Menteri itu, Sufi Yusoff ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.

“Ya beliau dimasukkan ke IJN akibat terjatuh dan kini masih dalam proses pemantauan secara keseluruhan,” katanya.

Pada 13 Julai 2025, bekas Perdana Menteri yang kini berusia 100 tahun pernah dikejarkan ke IJN akibat keletihan, namun dibenarkan pulang jam 4.45 petang hari yang sama selepas dimasukkan sekitar jam 10 pagi.

Ikuti kami di Channel WhatsApp  dan Telegram kami Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *