Mesyuarat Khas SPR Hari Ini Tentukan Tarikh Penting PRN Sabah ke-17

KOTA KINABALU : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas hari ini bagi membincangkan tarikh penting dan perkara berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17, di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah di sini.

Mesyuarat berkenaan dijadual bermula pada jam 10 pagi sebelum satu sidang media diadakan pada 11 pagi.

Sidang media itu amat ditunggu-tunggu antaranya bagi mengetahui tarikh penting PRN Sabah ke-17 iaitu hari penamaan calon dan undi awal, hari pengundian serta tempoh berkempen.

Pada 6 Oktober lepas, Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri Sabah bagi memberi laluan kepada PRN Sabah ke-17.  – BERNAMA

Ikuti kami di Channel WhatsApp  dan Telegram kami Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *