Polis Keluarkan 20 Keping Saman Dalam Operasi Samseng Jalanan Di Sandakan

Antara motosikal yang diperiksa dalam operasi berkenaan. – Foto Polis Daerah Sandakan

SANDAKAN: Polis mengeluarkan sebanyak 20 keping saman dalam operasi bersepadu samseng jalanan di beberapa lokasi di daerah ini, semalam.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, operasi berkenaan mendapat kerjasama daripada penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS).

“Seramai dua pegawai kanan dan 10 anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan terlibat dalam operasi berkenaan.

“Operasi ini juga turut disertai oleh tiga pegawai dan 10 anggota penguatkuasa JAS yang menjalankan Op Samseng Jalanan (Motosikal) di beberapa lokasi,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

Katanya, sepanjang operasi ini, sebanyak 20 keping saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan oleh BSPT IPD Sandakan.

“JAS juga telah membuat ujian bunyi bising terhadap 17 buah motosikal dan sebanyak 14 notis arahan dibawah Seksyen 48, AKAS 1974 (Bunyi bising kenderaan motor) 1987.

“Sebanyak sembilan disyor kompaun dibawah peraturan 4 (2), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Bunyi bising kenderaan motor) 1987,” katanya.

Ikuti kami di Channel WhatsApp  dan Telegram kami Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *