
KENINGAU : Dua orang pelajar tahun tiga jurusan Teknologi Elektrik Kolej Vokasinal (KV) Keningau, Claijster Christian Sylvester dan Alleyson Voo, telah merangkul pingat perak dalam pertandingan inovasi INNOVEX 2025 dengan rekacipta mereka yang merupakan model miniatur pencawang elektrik.
Keputusan pertandingan anjuran Innovation Excellence Ventures itu diumumkan pada 14 Mac 2025 melalui laman sesawang penganjur.
Kedua-dua pelajar ini mencipta inovasi ini yang dianggap sebagai projek impak sosial untuk tujuan pendidikan iaitu mencetus minat murid sekolah rendah dan pelajar menengah rendah untuk mempelajari kejuruteraan elektrik.
Selain daripada itu, mereka juga menggunakan inovasi ini untuk mengajar asas keselamatan apabila berada berhampiran dengan pencawang elektrik mahupun peralatan dan sumber kuasa elektrik di rumah yang boleh membawa renjatan elektrik terutamanya semasa situasi tertentu seperti bencana banjir.
Melalui inovasi ini yang mampu menunjukkan demonstrasi langsung bagaimana tenaga elektrik disalurkan daripada pencawang elektrik ke rumah, ianya lebih berkesan untuk menarik minat serta meningkatkan kefahaman orang awam khususnya kanak-kanak terhadap pengagihan tenaga elektrik.
Ianya juga membolehkan mereka mengelakkan diri daripada kemalangan renjatan elektrik yang kian meningkatkan terutamanya semasa berlakunya banjir kilat yang semakin kerap di negara ini.
Claijster Christian dan Alleyson Voo telah terlibat dengan program pameran pendidikan di sekolah-sekolah di kawasan pedalaman sebanyak enam kali dimana mereka menggunakan program ini sebagai platform untuk mendidik orang awam menggunakan inovasi ini.
Pengarah KV Keningau, Lumang Anak Lang, berasa sangat berbangga dengan pencapaian pelajar ini yang berjaya merekacipta alat untuk mendidik masyarakat dalam bidang teknologi elektrik yang bukan sahaja mampu menarik minat murid-murid sekolah untuk melanjutkan pelajaran di kolej vokasional tetapi juga mampu meningkatkan kesedaran mereka berkenaan dengan asas keselamatan untuk mengelakkan risiko renjatan elektrik.
Dia memuji usaha mereka yang mampu memberi impak positif kepada masyarakat setempat selari dengan matlamat pendidikan negara terutamanya pendidikan vokasional.
Pautan Sesawang pertandingan: https://www.innovex2025.com.my/results
Punca kebakaran belum dikenal pasti.Ikuti kami di Channel WhatsApp dan Telegram kami Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah