Kerajaan GRS Sentiasa Cari Jalan Selesaikan Masalah Infrastruktur Di Seluruh Sabah

Fairuz

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor sentiasa berusaha dalam menyelesaikan masalah infrastruktur rakyat di seluruh negeri Sabah.

Ketua Pemuda Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Fairuz Renddan berkata, Ketua Menteri sentiasa utamakan fokus untuk masalah infrastruktur yang sejak sekian lama belum selesai walaupun sudah bertukar kerajaan banyak kali.

“Masalah yang wujud seperti masalah air, masalah elektrik, masalah jalan, ini semua masalah yang diwarisi.

“Bukan mudah dan kita tidak dapat selesaikan semua sekelip mata dan untuk usaha menyelesaikan masalah ini, kerajaan negeri yang diterajui kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tidak pernah pejam mata dan abaikan aduan atau suara rakyat,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Fairuz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pintasan berkata, untuk pihak lain mencari publisiti murahan dan terus memainkan sentimen kerajaan negeri yang diterajui oleh Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebagai kerajaan yang gagal, adalah tindakan yang tidak sewajarnya berlaku.

“Realiti apa yang dimaksudkan bila mereka mengatakan kerajaan negeri yang ditakbir oleh GRS sebagai kerajaan yang gagal dan tidak menyelesaikan masalah rakyat?

“Atas dasar apa kenyataan menghentam kerajaan GRS dibuat oleh mereka dengan berulang kali memainkan sentimen masalah infrastruktur asas yang tidak selesai?

“Adakah mereka yang bercakap berkenaan isu ini, sedar akan realiti sebenarnya yang mereka cuba ubah dan menunding jari dengan menyalahkan kerajaan GRS?,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan kenyataan dibuat oleh Ketua UMNO Sabah merangkap ADUN Lamag dan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang menyalahkan Kerajaan GRS kerana tidak menyelesaikan masalah rakyat dan dianggap sebagai kerajaan yang masih gagal.

Dalam pada itu, Fairuz turut meminta dan menasihati Bung agar tidak mencemarkan kemuliaan Ramadan dengan mengadu domba dan terus menerus menghasut rakyat dengan perkara tidak berasas seumpama itu.

“Ayuh kita sama-sama kejar pahala berbuat kebaikan dalam bulan mulia ini dan jauhkan perbuatan yang boleh mencemarkan ganjaran pahala kebaikan kita untuk bulan Ramadan yang suci ini.

“Jika benar mahu jadi hero, mahu bantu rakyat, buktikan dan ayuh bersama-sama berganding bahu, kita semua kerja untuk rakyat, bukan saling bertikam lidah dan berhujah benda-benda yang saya anggap sebagai publisiti yang tidak patut dibangkitkan seumpama ini,” katanya.

Punca kebakaran belum dikenal pasti.Ikuti kami di Channel WhatsApp  dan Telegram kami Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *