Remaja Ditemui Maut Tergantung Dalam Bilik Gelanggang Futsal Di Membakut

Gambar Hiasan

MEMBAKUT: Seorang remaja lelaki ditemui maut dalam keadaan tergantung di dalam bilik sebuah gelanggang futsal, di sini, malam tadi.

Lelaki berusia 17 tahun itu ditemui bapanya dalam keadaan tergantung dengan tali di tiang besi di dalam bilik berkenaan, kira-kira jam 9.30 malam.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Superintendan Wong Leong Meng berkata, berdasarkan kenyataan ahli keluarga iaitu bapanya, mangsa disedari tidak berada di rumah selama dua jam selepas keluar bersama keluarga yang lain untuk pergi sembahyang di gereja berdekatan.

“Selepas mencari remaja terbabit di sebuah bilik pejabat yang terkunci di dalam gelanggang futsal milik mereka lalu menemui mangsa dalam keadaan tergantung dengan tali nilon di tiang besi salah satu peralatan dalam bilik berkenaan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

enurutnya, remaja terbabit disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan yang bertugas.

“Siasatan lanjut mendapati tiada sebarang unusur jenayah dikesan di tempat kejadian dan kejadian dipercayai adalah lebih kepada bunuh diri.

“Kes dikalsifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR), bagaimanapun bedah siasat lanjut akan dijalankan oleh doktor pakar forensik bagi mengetahui punca sebenar kejadian ini,” katanya.

Tambah beliau lagi, siasatan masih diteruskan dan masyarakat diminta supaya tidak menimbulkan sebarang spekulasi yang akan menggangu siasatan pihak polis

Punca kebakaran belum dikenal pasti.Ikuti kami di Channel WhatsApp  dan Telegram kami Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *