Pengguna ‘Telefon Lama’ Tidak Boleh Akses WhatsApp Mulai 2025

NEW YORK: Bermula tahun baharu, aplikasi WhatsApp tidak lagi boleh digunakan pada beberapa peranti telefon pintar.

Menurut Utusan Malaysia, Meta, syarikat induk WhatsApp, mengumumkan sokongan untuk sistem operasi Android versi KitKat dan lebih lama akan dihentikan pada 1 Januari 2025.

Perubahan ini sebahagian daripada usaha memastikan aplikasi terus selamat dan berfungsi dengan baik pada peranti yang lebih moden.

Antara model telefon Android yang akan terkesan termasuk Samsung, Motorola, HTC, LG, dan Sony.

Bagi pengguna Android yang masih menggunakan versi KitKat, sesetengah peranti mungkin masih boleh dikemas kini kepada sistem operasi yang lebih baharu.

Namun, model lama yang tidak lagi menerima sokongan kemas kini rasmi daripada pengeluar tidak akan dapat menggunakan WhatsApp kecuali pemiliknya membuat pengubahsuaian sendiri, yang berisiko merosakkan telefon.

Peranti Apple juga tidak terkecuali di mana bermula pada 5 Mei 2025, WhatsApp tidak lagi menyokong iOS versi lebih lama daripada 15.1.

Pengguna iPhone 5s, iPhone 6, dan iPhone 6 Plus yang kini hanya boleh dikemas kini sehingga iOS 12.5.7 akan kehilangan akses kepada aplikasi tersebut, termasuk WhatsApp Business.

Perubahan ini, walaupun hanya menjejaskan pengguna telefon pintar lama, bertujuan memastikan aplikasi WhatsApp kekal relevan dengan teknologi terkini.

Pengguna digesa untuk menaik taraf peranti mereka sekiranya ingin terus menikmati perkhidmatan aplikasi itu.

Ikuti kami di Channel WhatsApp  dan Telegram kami Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *