Enam PTI warga China Dihantar Pulang Melalui Lapangan Terbang Tawau

Semua PTI warga China terbabit dihantar pulau menerusi Lapangan Terbang Tawau.

TAWAU: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menghantar pulang enam pendatang tanpa izin (PTI) warga China ke negara asal, pada Selasa lepas.

Proses pemindahan dijalankan menggunakan pengangkutan udara melalui Lapangan Terbang Tawau secara terus ke Guangzhou, China.

Pengarah JIM Sabah, Datuk SH Sitti Saleha Habib Yusoff berkata, pemindahan kali ini membabitkan seramai enam lelaki dewasa sahaja.

Katanya, ini membabitkan pemindahan tahanan warganegara China yang berusia lingkungan 32 hingga 55 tahun.

“Pemindahan semua PTI warga China telah dilaksanakan dari Depot Imigresen Tawau melalui Lapangan Terbang Tawau, menggunakan pengangkutan udara untuk penghantaran pulang ke Guangzhou, China.

“Semua PTI terbabit telah selesai menjalani hukuman dan diperuntukkan proses pemindahan ke negara asal selepas lengkap dokumen perjalanan,” katanya dalam kenyataan media, semalam.

Menurutnya, semua PTI yang dipindahkan melakukan kesalahan mengikut Seksyen 15(1) (c) Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan–Peraturan Imigresen 1963.

SH Sitti Saleha berkata, berdasarkan penghantaran kali ini, seramai 42 tahanan warganegara China sudah dipindahkan sepanjang tahun 2024.

“Ini menjadikan jumlah keseluruhan seramai 8,157 warganegara asing yang telah berjaya dipindahkan ke negara asal.

“Semua tahanan PTI ini akan disenaraihitamkan dalam sistem Jabatan Imigresen Malaysia mengikut jenis kesalahan yang dilakukan,” katanya.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *