Lelaki Warga Asing Disyaki Rogol Anak Tiri Sejak Beberpa Tahun Ditahan

Suspek ditahan polis selepas disyaki merogol anak tirinya.

TAWAU: Seorang lelaki warga asing disyaki merogol anak tirinya sejak beberapa tahun ditahan di Kalabakan, tengah hari tadi bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata suspek ditahan di sebuah kampung di Kalabakan berdasarkan laporan polis yang dibuat ibu saudara mangsa sebelum ini.

Katanya, mangsa berusia 15 tahun menceritakan perbuatan bapa tirinya kepada ibu saudaranya selepas mendapatkan rawatan di Hospital Tawau kerana sakit perut pada Selasa lepas.

“Mangsa menceritakan perbuatan terkutuk itu kepada ibu saudaranya setelah pihak hospital memaklumkan tahap kesihatan mangsa kepadanya.

“Berdasarkan siasatan awal, perbuatan suspek itu berlaku sejak mangsa berusia 11 tahun sehingga yang terbaharu pada bulan lalu di rumahnya,” katanya dalam kenyataan media, di sini, hari ini.

Sementara itu, katanya, sepasukan polis dari Balai Polis Kalabakan yang diketuai oleh Ketua Polis Balai Kalabakan memberkas seorang lelaki warga asing pada jam 12.30 tengah hari tadi.

“Suspek berusia 35 tahun itu ditahan mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

 “Siasatan juga dilakukan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959,” katanya.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *