SK Timbua Ranau Raih Anugerah Berprestij Pertandingan Inovasi Di Bali

KOTA KINABALU : Sekolah Rendah Kebangsaan Timbua, Ranau, telah mendapat tiga anugerah berprestig di International Science and Invention Fair (ISIF) anjuran Indonesia Young Scientist Association (IYSA) yang berlangsung di Bali Creative Centre, Denpasar, Indonesia, pada 5 sehingga 10 November 2024.

Produk inovasi bahan mengajar tersebut yang dinamakan “MADOX” telah memenangi pingat emas, MIICA Best Innovation Award dan IYSA Special Award manakala guru penasihat, Hallsen Justin, menerima Honorary Judge Award (Spider Singapore) atas sumbangannya sebagai salah seorang juri pertandingan.

Pasukan ini terdiri daripada guru besar sekolah tersebut, Rusdi Hj Tamit, tiga guru iaitu Hallsen Justin, Edzlyn Laduni dan Jaidah Wasili @ Mion dan tiga orang murid iaitu Nur Zahrah Amirah Abdul Latiff (darjah 6), Muhammad Khairul Rayyan Ahmad Khusairi (darjah 5) dan Ahza Aqil Farzier (darjah 4).

Ibu-bapa pelajar ini turut menyertai rombongan sekolah ini. Inovasi “MADOX” adalah singkatan bagi Mathematics Digital Games based on Roblox iaitu satu permainan video game yang berasaskan pelantar digital Roblox yang diterapkan dengan unsur kecerdasan buatan dan konsep asas matematik dan ianya juga diinspirasikan daripada motif budaya Borneo.

Guru penasihat pasukan itu, Hallsen Justin, menyatakan rasa gembira dengan pengiktirafan inovasi tersebut kerana ianya mampu memberi mereka peluang untuk mempertengahkan lagi inovasi ini agar ianya dapat disebarluaskan dan ditambahbaik.

Guru besar sekolah itu, Rusdi Hj Tamit, mengucapkan tahniah kepada pasukan ini lebih-lebih lagi para murid yang membantu membangunkan dan membentang projek ini yang menunjukkan potensi dan bakat mereka yang mampu digilap dengan peluang-peluang sebegini yang mencabar mereka untuk menggunakan kemahiran berkomunikasi dan berfikir dengan lebih baik.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *