5 Ditahan Termasuk 2 Wanita Dalam Serbuan Sebuah Rumah Disyaki Sarang Penagih

TAWAU, 21 NOV 2024 : Sepasukan polis dari Balai Polis Tawau yang diketuai oleh Inspektor Hamka Bin Ab Rashid, Ketua Polis Balai Tawau telah membuat serbuan di sebuah rumah di Taman perumahan di Jalan Utara Baru, Tawau.

Hasil maklumat risikan, dipercayai beberapa orang dewasa sedang melakukan kesalahan jenayah dadah didalam sebuah rumah yang dikenalpasti sarang penagih dadah.

Ketika serbuan dibuat, didapati (03) orang lelaki dan (02) orang wanita berada didalam rumah tersebut.

Pemeriksaan tubuh badan semua suspek tidak menjumpai apa-apa barang yang salah namun anggota bertugas menjumpai 02 paket plastik jernih berisi hablur jernih disyaki dadah jenis syabu bersama peralatan menghisap syabu diletakkan diatas meja berhampiran tempat kesemua suspek berkumpul.

Kesemua suspek kemudiannya dibawa balik ke IPD Tawau untuk tindakan lanjut dan kes akan disiasat dibawah Sekyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Semakan rekod jenayah lampau juga mendapati kesemua suspek pernah disabitkan dengan pelbagai jenis kesalahan termasuk rekod jenayah dadah.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *