Nenek, Cucu Melecur Selepas Rumah Terbakar Di Ranau

Pasukan bomba menjalankan operasi memadam kebakaran di lokasi kejadian.

RANAU: Seorang wanita warga emas dan cucu perempuannya melecur selepas rumah mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Kantas Baru, di sini pada Selasa.

Mangsa yang berusia 60 tahun dan cucunya berusia setahun melecur masing-masing melecur di bahagian kaki.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, Penolong Penguasa Bomba, Ridwan Mohd Taib berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 12.17 tengah hari.

Susulan itu, katanya seramai empat anggota dan pegawai bersama jentera digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak 70 kilometer dari balai bomba.

“Kebakaran membabitkan sebuah rumah jenis tidak kekal terbakar sepenuhnya. Turut terbakar sebuah kereta jenis kenderaan pelbagai guna (MPV) dan dua motosikal.

“Terdapat dua mangsa wanita warga emas dan cucunya melecur lima peratus di bahagian kaki dan dihantar ke hospital oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, pasukan bomba bertindak memadam kebakaran dengan menggunakan pam angkut satu aliran, satu pancutan dengan sumber air terbuka dari kolam berhampiran. 

“Api berjaya dikawal kira-kira jam 3 petang dan operasi ditamatkan sejam kemudian.

“Punca sebenar kejadian masih dalam siasatan pasukan bomba,” katanya. 

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *