LAHAD DATU: Seorang kanak-kanak lelaki yang dikhuatiri hilang selepas melakukan aktiviti mandi di Pantai Sinakut ditemukan pagi tadi dalam keadaan tidak sempurna dipercayai dibaham buaya.
Mangsa berusia sembilan tahun itu ditemukan tanpa kepala dan tangan kiri di kawasan pantai tidak jauh dari lokasi mangsa di laporkan hilang.
Pegawai Jabatan Hidupan Liar (JHL) Lahad Datu Silvester Saimin ketika dihubungi mengesahkan kejadian berlaku pukul 7.45 pagi tadi di pantai Sinakut Felda Sahabat 16 Lahad Datu.
Katanya, laporan awal diterima kejadian terjadi ketika mangsa dan ahli keluarga datang bercuti ke rumah keluarganya di Kampung Sinakut Felda Sahabat 16 Lahad Datu.
“Mangsa yang mandi bersama lima lagi rakannya dipercayai dibaham buaya dan diheret ke laut sebelum dihanyutkan ke persisir pantai.
“JHL masih menjalankan siasatan dan mayat mangsa dihantar ke hospital Lahad Datu untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost