
KENINGAU: Rumah pekerja dan stor musnah dalam kebakaran yang berlaku di kawasan bersebelahan sebuah hypermarket di sini pada Jumaat.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau Sharudy Delamin berkata, kejadian pada jam 12.50 tengah hari itu juga menyebabkan sebuah kedai makan kosong terjejas sebanyak 50 peratus.
Katanya, sepasukan pegawai serta anggota bergegas ke lokasi sejauh empat kilometer dari jarak balai bersama jentera pemadam.
“Semasa ketibaan pihak bomba di lokasi, kebakaran melibatkan sebuah sebuah rumah pekerja berkeluasan 25X40 kaki persegi jenis
tidak kekal dan sebuah stor jenis kekal berkeluasan 25X50 kaki persegi terbakar sepenuhnya.
“Sebuah kedai makan kosong berkeluasan 100X30 kaki persegi jenis kekal turut terbakar 50 peratus dan operasi pemadaman dijalankan menggunakan dua aliran 200 kaki, tiga pancutan.
“Operasi pemadamanan dilaksanakan dengan menggunakan sumber air dari tangka jentera,” katanya sambil menambah kebakaran berkaya dipadam jam 1.28 petang.
Katanya, tiada mangsa terlibat dilaporkan dalam kejadian ini dan punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.
“Operasi keseluruhan ditamatkan jam 2.23 petang selepas memastikan keadaan di lokasi kejadian bebas dari sebarang unsur bahaya,” katanya.
Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost