121 PTI Ditahan Dalam Operasi Penguatkuasaan Imigresen

Antara PTI yang berjaya ditahan menerusi operasi berkenaan.

SANDAKAN: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah menahan seramai 121 pendatang tanpa izin (PTI) dan tiga warga tempatan menerusi Operasi Penguatkuasaan Imigresen, di sini hari ini.  

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JIM Sabah, Jafri Embok Taha berkata, seramai 219 orang telah diperiksa dalam operasi yang dijalankan selama dua hari bermula semalam.

Katanya, daripada jumlah itu seramai 121 PTI telah ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen, manakala tiga lagi warga tempatan disyaki terbabit mengikut Seksyen 55(B).

“Semua yang ditahan berusia antara 12 bulan hingga 65 tahun terdiri daripada 46 orang lelaki, 36 wanita dan 32 kanak-kanak.

“Tangkapan terbabit akan ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen Sandakan untuk siasatan dan tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan media, di sini, hari ini.

Menurutnya, terdapat warga asing cuba melarikan diri ketika operasi dijalankan, namun berjaya ditahan dan tiada kejadian tidak diingini berlaku.

“Saya berterima kasih kepada semua 64 anggota dan pegawai JIM Sandakan yang terlibat dalam operasi ini sehingga berjaya menahan individu yang melakukan kesalahan imigresen,” katanya.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *