Lelaki Maut Dibaham Buaya Ketika Mandi Di Sungai, Anak Saudara Selamat

Gambar Hiasan

KOTA MARUDU : Seorang lelaki hilang dikhuatiri dibaham buaya manakala anak saudaranya selamat ketika mandi-manda di sungai Kampung Marudu Darat, di sini, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Marudu Hasbi Hajat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 6.07 petang.

Katanya, sepasukan anggota dan pegawai bersama jentera digerakkan ke lokasi kejadian untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Menurut maklumat awal dari pemanggil, ada dua mangsa melakukan aktiviti mandi di sungai berkenaan.

“Seorang mangsa lelaki berusia 17 tahun selamat manakala bapa saudaranya berusia 35 tahun dikhuatiri dibaham buaya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurut, pasukan operasi sedang melakukan pencarian di Lokasi kejadian.

“Setakat ini mangsa belum ditemukan dan maklumat akan dikemas kini dari semasa ke semasa,” katanya.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik đŸ‘‰ https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *