Dua Maut, Kereta Bertembung Lori Di Sandakan

Dua maut termasuk kanak-kanak dalam nahas jalan raya babitkan kereta bertembung dengan lori.

SANDAKAN: Dua maut termasuk seorang kanak-kanak manakala tiga lagi mangsa cedera dalam nahas jalan raya membabitkan dua kenderaan di Batu 17, Jalan Gum-Gum, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu mengakibatkan seorang lelaki dan kanak-kanak perempuan disahkan maut di lokasi kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Severinus@Mohd Nidzam Sainkui berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 9.09 pagi.

“Sebaik jentera tiba di lokasi, didapati berlaku kemalangan membabitkan lori lima tan bertembung dengan sebuah kereta dan terdapat lima mangsa terbabit dilaporkan.

“Tiga mangsa telah dikeluarkan orang awam sebelum pasukan bomba tiba di lokasi manakala dua lagi mangsa tersepit di dalam kereta berkenaan,” katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, pasukan bomba menjalankan operasi mengeluarkan mangsa tersepit dengan menggunakan peralatan khas.

Bagaimanapun katanya, dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Tiga lagi mangsa iaitu dua wanita dan seorang lelaki yang cedera dihantar ke hospital oleh ambulans KKM.

“Selepas memastikan tiada lagi bahaya lain wujud, operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 10.15 pagi,” katanya.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *