8 Lelaki Disyaki Rogol Remaja Perempuan Ditahan Polis

Kasim Muda

KOTA KINABALU: Perbuatan terkutuk lapan lelaki termasuk pelajar sekolah yang disyaki merogol seorang pelajar tingkatan tiga, baru-baru ini, membawa padah apabila kesemua suspek ditahan polis di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, bertindak dengan maklumat yang diterima, polis membuat serbuan di beberapa rumah di daerah ini.

“Hasil serbuan itu berjaya menahan lapan lelaki berusia 14 hingga 38 tahun.

“Kesemua suspek ditahan kerana disyaki terbabit dengan kes rogol pelajar perempuan berusia 15 tahun, baru-baru ini,” katanya ketika dihubungi.

Kasim berkata, kes selesai kurang 24 jam sebaik mangsa membuat laporan polis.

“Semua suspek termasuk pelajar sekolah ditahan reman untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 375B Kanun keseksaan iaitu rogol berkumpulan,” katanya.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *