KOTA MARUDU: Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya terbabas lalu terbalik di kawasan kebun pisang, Jalan Langkon, Pitas awal pagi tadi.
Grandson Poyo, 36, meninggal dunia di tempat kejadian akibat tersepit pada bahagian pemandu Perodua Myvi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata pihaknya menerima panggilan kejadian jam 1.02 pagi.
“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan.
Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost