Amaran Ribut Petir Dikeluarkan Di Beberapa Daerah Di Sabah

KOTA KINABALU: Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) hari ini mengeluarkan amaran rebut petir di kebanyakan kawasan di seluruh negeri Sabah.

Antara kawasan terlibat adalah pedalaman Sabah termasuk Sipitang, Tenom, Beaufort dan Tambunan, kawasan Pantai Barat Sabah termasuk Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran, Ranau dan Kota Belud.

Selain itu, Sandakan meliputi Kinabatangan serta Kudat meliputi Kota Marudu antara termasuk dalam senarai amaran ribut petir itu.

Amaran itu dikeluarkan pada pukul 3.45 petang dan dijangka berterusan sehingga pukul 7 malam, Isnin.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *